Menyertai & Keahlian

Apakah Ipsos iSay?

Ipsos iSay adalah komuniti ganjaran tinjauan dalam talian, yang terdiri daripada jutaan ahli di seluruh dunia. Ahli kami berpeluang untuk berkongsi pendapat berharga mereka dengan menjawab tinjauan yang membantu membentuk produk dan perkhidmatan yang kita semua gunakan setiap hari. Sebagai balasan kerana menjawab tinjauan, kami menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dipilih!

Bagaimanakah cara untuk menyertai Ipsos iSay?

Anda boleh menyertai secara langsung di laman web kami atau di aplikasi mudah alih kami! Hanya klik butang “Sertai Sekarang” pada laman utama.

Borang pendaftaran akan bertanyakan beberapa soalan mengenai anda dan keluarga anda. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk memadankan anda dengan tinjauan yang bersesuaian dengan profil dan tabiat pengguna anda.

Mengapakah saya perlu menyertai Ipsos iSay? Apakah faedah menjadi ahli?

Menyertai Ipsos iSay mempunyai pelbagai kelebihan!

Berikut apa yang anda akan dapat:

  • Dapatkan mata kerana menjawab tinjauan, tebus mata anda dengan memilih daripada pelbagai pilihan hadiah.
  • Pengaruhi keputusan pengguna dan sosial dengan pandangan dan pendapat anda..
  • Keahlian sentiasa PERCUMA

Adakah terdapat bayaran untuk menjadi ahli Ipsos iSay?

Keahlian sentiasa percuma! Tiada yuran tersembunyi dan kami akan menanggung segala perbelanjaan (termasuk kos penghantaran untuk ujian produk di rumah dan ganjaran). Malah, setiap kali anda mengambil bahagian dalam kajian bersama Ipsos iSay, anda akan memperoleh mata ganjaran yang boleh anda gunakan untuk menebus ganjaran kegemaran anda.

Berapa kerapkah Ipsos iSay akan menghubungi saya?

Kami akan menghubungi anda melalui e-mel sehingga dua kali sehari jika ada tinjauan untuk anda. Sesekali, kami juga akan menghantar e-mel tambahan dengan berita dan kemas kini lain dari Ipsos iSay, tidak lebih daripada beberapa kali dalam sebulan.

Berapa banyak wang yang saya boleh dapat dengan menjawab tinjauan?

Apabila anda menjawab tinjauan, anda akan mendapat mata yang dapat ditebus untuk kad hadiah pilihan anda.

Jika anda dijanjikan banyak wang untuk menjawab tinjauan, tawaran tersebut tidak datang daripada Ipsos iSay dan ianya tidak sah. Sebagai ahli Ipsos iSay (dan kebanyakan syarikat penyelidikan pasaran yang sah) anda tidak akan mendapat wang yang banyak dengan menjawab tinjauan, tetapi anda akan mendapat ganjaran dan pendapat anda akan didengar oleh pembuat keputusan peringkat atasan.

Bagaimana jika saya sudah tidak mahu menjadi ahli Ipsos iSay?

Keahlian anda dengan Ipsos iSay adalah secara sukarela dan anda boleh memutuskan sama ada anda mahu atau tidak menjawab sebarang tinjauan yang anda dijemput. Jika anda mahu menamatkan keahlian anda, klik pautan Tamatkan Keahlian yang terdapat di halaman Profil anda dan ikuti arahannya.

Bagaimanakah cara untuk bercakap secara langsung dengan sokongan Ipsos iSay?

Pasukan Sokongan Ahli kami boleh didapati melalui e-mel. Jika anda tidak menemui jawapan kepada soalan anda di Soalan Lazim kami, hanya klik pada pautan ke Hubungi Sokongan. Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin. Setiap kali anda menghubungi pasukan sokongan, sebuah tangkapan skrin merupakan sesuatu yang sangat membantu. Jika boleh, pastikan anda membuat tangkapan skrin bagi isu yang ingin anda laporkan dan hantarkan ia melalui lampiran e-mel kepada alamat e-mel surveysMY@apac.ipsosisay.com.

Sertai Sekarang