Privasi & Data Peribadi

Bagaimanakah privasi peribadi saya dilindungi?

Melindungi privasi anda sangat penting bagi kami. Kami tidak akan menjual apa-apa produk kepada anda dan hanya akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk tujuan penyelidikan. Sila lihat Dasar Privasi kami untuk butiran lanjut.

Bagaimanakah maklumat peribadi saya digunakan?

Maklumat seperti usia dan jantina adalah faktor yang kami gunakan untuk memilih peserta bagi tinjauan kami. Tanpanya, kami tidak dapat memastikan hasil anda tepat dengan menggambarkan susunan demografi negara yang anda tinggal.

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan sesiapa sahaja di luar syarikat kami (termasuk pelanggan kami) tanpa persetujuan bermaklum anda terlebih dahulu. Maklumat yang anda berikan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan untuk menentukan siapa yang paling sesuai untuk tinjauan. Untuk maklumat lanjut lihat Dasar Privasi kami.

Apakah 'Kuki'?

Kuki adalah fail kecil atau maklumat yang disimpan dalam pelayar anda atau pada cakera keras komputer anda. Ia biasanya hanyalah kod yang mengandungi nama pelayan dan rentetan teks dan nombor yang unik. Melainkan jika pelawat laman web secara khusus menawarkan maklumat peribadi pada laman web ini (cth., melalui borang pendaftaran), tidak ada cara untuk laman web mengetahui lebih banyak mengenai individu itu berbanding kod kuki unik dalam laman web tersebut.

Kuki dapat membantu menjadikan interaksi antara laman web dan pengguna lebih cepat dan mudah. Ia juga membantu kami menyediakan maklumat peribadi anda semasa anda daftar masuk.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh membaca Dasar Kuki kami. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuki, lawati www.aboutcookies.org. www.aboutcookies.org.

Apakah hak data peribadi saya?

Apabila berkaitan dengan data dan maklumat peribadi anda, di Ipsos iSay kami memberikan kepada anda hak untuk menggunakan hak-hak berikut:

  • Hak Akses: Ketahui jenis data peribadi apa yang disimpan mengenai anda dan minta salinan maklumat ini.
  • Hak Pembetulan: Meminta agar data peribadi anda dikemas kini atau diperbetulkan.
  • Hak untuk Kemudahalihan Data: Terima salinan bagi data peribadi yang anda telah berikan, supaya anda
  • Hak untuk Mengehadkan Penggunaan: Meminta data peribadi anda berhenti digunakan dalam kes tertentu, termasuk jika anda percaya bahawa maklumat peribadi anda ini tidak betul atau penggunaannya menyalahi undang-undang.
  • Hak untuk Menolak: Menolak penggunaan data peribadi anda, jika kami memprosesnya berdasarkan kepentingan yang sah.
  • Hak untuk Memadam: Dalam keadaan tertentu, anda boleh juga meminta data peribadi anda dihapuskan.

Bagaimanakah saya tahu jika ada perubahan pada Dasar Privasi atau hak data peribadi saya?

Ipsos iSay mengikuti Terma & Syarat, Dasar Privasi, dan Dasar Kuki yang komprehensif.

Sebagai ahli panel dalam talian Ipsos iSay, anda tidak perlu bimbang tentang perubahan baharu dalam cara kami menghantar atau berkongsi maklumat daripada atau tentang anda. Industri penyelidikan pemasaran dan organisasi pengawal selia yang berkaitan telah lama menetapkan standard yang ketat untuk melindungi maklumat profil anda dan data peribadi lain. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap keselamatan maklumat anda, Ipsos mempunyai audit dalaman dan luaran secara tetap mengenai keselamatan maklumatnya, dan disahkan mematuhi keperluan Piawaian Antarabangsa bagi Keselamatan Maklumat ISO 27001, Pasaran, Pendapat dan Penyelidikan Sosial ISO 20252, dan Pengurusan Kualiti ISO 9001.

Jika Ipsos iSay menetapkan syarat baharu atau mengemas kini proses yang ada mengenai persetujuan data peribadi anda sebagai ahli panel kami, anda akan menerima notis rasmi daripada kami.

Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa Ipsos iSay menyimpan data peribadi saya dengan selamat?

Di Ipsos iSay, kami memikul tanggungjawab kami dengan serius untuk memastikan data peribadi anda dilindungi. Oleh itu, kami mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan peribadi data anda dilindungi daripada kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan. Langkah berjaga-jaga ini termasuk keselamatan fizikal yang sesuai di pejabat kami, akses terkawal ke sistem komputer, dan penggunaan sambungan Internet yang selamat, dan tersulit apabila mengumpul data peribadi.

Ipsos sudah mematuhi syarat-syarat keselamatan maklumat standard antarabangsa yang luar biasa.

Ipsos tidak menjual atau menyewakan senarai panelis kami atas apa-apa jua alasan, dan kami tidak memberikan kepada pelanggan penyelidikan kami dengan mana-mana data peribadi yang boleh mengenalpasti semasa kami memberikan hasil tinjauan. Data peribadi yang anda kongsi dengan Ipsos hanya digunakan untuk menghubungkan anda ke kajian penyelidikan yang relevan dengan cara yang diawanamakan atau nama samaran. Hanya dalam kes yang terkecuali dan dengan persetujuan eksplisit terdahulu anda, kami akan memberikan maklumat peribadi kepada pelanggan atau rakan penyelidikan lain.

Anda mungkin ingat bahawa semasa anda mendaftar untuk Ipsos iSay, kami menghantar e-mel kepada anda untuk meminta anda mengesahkan pilihan anda untuk menyertai, atau memilih masuk dua kali. Proses ini menunjukkan bahawa kami memenuhi pemeriksaan kualiti industri standard bagi kebenaran dan persetujuan.

Anda juga akan melihat bahawa semua URL tinjauan atau laman web anda bermula dengan ‘https://’. Ini adalah tanda bahawa respons tinjauan anda, ganjaran, baki mata, dan semua data peribadi lain dihantar melalui sambungan SSL dienkripsi yang selamat.

Bolehkah anda ingatkan saya apakah yang saya telah setujui setakat ini dengan Ipsos iSay?

Apabila anda memilih untuk menyertai Ipsos iSay, anda bersetuju bahawa kami boleh menghantar jemputan tinjauan dan pemberitahuan lain yang berkaitan kepada anda. Anda sentiasa boleh memilih untuk menyertai atau tidak dalam tinjauan penyelidikan pasar yang anda dijemput. Kami juga boleh meminta anda untuk mengemas kini bahagian tetapan profil anda atau menyemak semula dasar baharu atau terkini. Jika Ipsos iSay memperkenalkan ciri baharu, kami mungkin meminta kebenaran yang berbeza daripada anda untuk produk atau perkhidmatan yang membayangkan penggunaan data peribadi anda. Anda juga sentiasa mempunyai pilihan untuk membatalkan keahlian anda di panel Ipsos iSay.

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini tetapan data peribadi saya?

Anda sentiasa boleh menyesuaikan pilihan kebenaran anda:

Dalam bahagian tetapan akaun anda: https://ipsosisay.com/ms-my/user/

Dengan menghentikan sepenuhnya keahlian Ipsos iSay anda: https://ipsosisay.com/ms-my/user/

Bagaimana jika saya mempunyai kanak-kanak dalam isi rumah saya?

Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang tersenarai dalam akaun anda boleh dijemput untuk menyertai tinjauan melalui hubungan akaun anda. Kanak-kanak ini dibenarkan untuk menyertai tinjauan Ipsos iSay selagi anda, panel Ipsos iSay, adalah ibu bapa atau penjaga yang sah dan memberikan persetujuan yang jelas.

Adakah respons tinjauan saya dan interaksi lain dengan Ipsos iSay adalah awanama dan selamat?

Data peribadi boleh dikumpulkan dengan dua cara: (1) dengan secara jelas meminta maklumat peribadi anda semasa pendaftaran atau melalui tinjauan dan (2) dengan mengkonfigurasi pilihan untuk secara automatik mengumpulkan data peribadi tertentu dengan bantuan kuki diperlukan, fungsian atau pilihan. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa setiap data peribadi yang dikumpulkan disimpan dengan selamat dan bahawa kami hanya mengumpulkan data peribadi yang diperlukan dan telah dinyatakan secara eksplisit dan telus dalam Dasar Kuki dan Dasar Privasi kami.

Selain itu, kami melakukan yang terbaik untuk menjadikan pengalaman anda dengan komuniti, tinjauan dan aplikasi Ipsos iSay menyeronokkan dan memuaskan dengan bertujuan untuk mengumpulkan data dengan cara yang paling tidak mengganggu.

Anda juga akan menyedari bahawa kami tidak pernah menerbitkan nama penuh atau lokasi ahli dalam komunikasi penglibatan awam kami atau di platform media sosial. Sila jangan sekali-kali berkongsi maklumat pengenalan diri anda di laman media sosial kami.

Memastikan keselamatan data anda juga memerlukan anda mengekalkan keselamatan akaun anda dengan menggunakan kata laluan yang cukup rumit dan menyimpannya dengan selamat. Anda juga harus memastikan bahawa anda mempunyai keselamatan yang mencukupi pada sistem anda sendiri.

Sebagai peraturan, sentiasa pastikan:

  • Mantapkan log masuk anda dan cipta kata laluan yang kukuh
  • Lindungi peranti anda
  • Kemas kini perisian anda dan program antivirus yang anda telah pasang
  • Layari Internet dengan selamat
  • Elakkan memberikan alamat e-mel anda atau maklumat lain di laman awam media sosial

Apakah maklumat atau tindakan mengenai data peribadi saya yang boleh saya minta dari Ipsos?

Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak data peribadi atau mempunyai pertanyaan berkaitan, sila hubungi Jabatan Perlindungan Data kami. Ia boleh dihubungi melalui e-mel di data.protectionteam@ipsos-online.com. Sila gunakan alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda dan tuliskan "Ipsos iSay Panel" sebagai baris subjek.

Maklumat lebih lanjut mengenai cara menghubungi Ipsos atau badan pengawal selia kami boleh didapati dalam Dasar Privasi kami.