Rujuk Rakan Terma dan Syarat Program

Mana-mana ahli Panel Ipsos iSay yang layak boleh menyertai program ini, yang mana membenarkan ahli Panel Ipsos iSay untuk merujuk individu lain untuk mendaftar dengan Panel Ipsos iSay. Penyertaan anda dalam program ini adalah tertakluk pada Terma dan Syarat, dan dengan menyertai Program ini, anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Program ”Rujuk Rakan” di bawah.

1) Penganjur Program "Rujuk Rakan":

Program “Rujuk Rakan” ini dikendalikan oleh Ipsos Sdn Bhd, diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dengan nombor Pendaftaran Syarikat: 912941-X, pejabat berdaftar syarikat terletak di Level 10, Menara LGB, 1, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia, yang selepas ini dirujuk sebagai “Ipsos” atau “Penganjur Program”. Ipsos Sdn Bhd adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat seluruh dunia Ipsos. Program ini tidak sah di mana ia dilarang.

2) Definisi:

“Kumpulan Ipsos” bermaksud Ipsos dan termasuk anak syarikat, syarikat berkaitan dan bersekutu.

"Program" bermaksud Program "Rujuk Rakan".

"Terma dan Syarat Program" merujuk kepada terma ini, atau mana-mana terma dan syarat program yang terkini.

"Penyokong", “Anda”, bermaksud anda – ahli panel Ipsos iSay yang layak dan berminat, atau telah memenuhi syarat untuk menyertai program ini.

"Pautan Rujukan" bermaksud pautan ke Tinjauan Keahlian, membawa individu penerima ke panel Ipsos iSay dan www.ipsosisay.com, disediakan untuk penyokong oleh Penganjur program. Setiap Pautan Rujukan adalah berbeza bagi mengenal pasti Penyokong di mana diberikan oleh penganjur program.

"Rakan yang Dirujuk" bermaksud individu:

  • (i) yang menetap di salah satu negara di mana Program “Rujuk Rakan” aktif dan
  • (ii) yang mempunyai alamat e-mel yang sah, dan
  • (iii) yang berumur 18 tahun ke atas, seperti mana dikehendaki oleh terma dan syarat Panel Ipsos iSay yang berkenaan, dan
  • (iv) yang belum menjadi ahli Panel Ipsos iSay, dan
  • (v) yang bukan sebahagian dari isi rumah Anda atau pekerja Ipsos atau mana-mana anak syarikat, syarikat berkaitan dan bersekutu dengan Kumpulan Ipsos, dan
  • (vi) yang telah berjaya mendaftar sebagai ahli Panel Ipsos iSay, melalui Pautan Rujukan ( dengan melengkapkan dan menghantar Tinjauan Keahlian berserta maklumat yang sah, contohnya: tiada ruang maklumat yang ditinggalkan dan tiada kesalahan ejaan) dan mematuhi sepenuhnya dengan terma dan syarat Panel Ipsos iSay untuk menjadi sebahagian dari ahli Panel Ipsos iSay; dan
  • (vii) yang sesuai dengan mana-mana keperluan dan kriteria profil yang di mana penganjur program menganggap relevan berdasarkan program rujukan yang dijalankan oleh penganjur program pada waktu tertentu

“Tinjauan Keahlian” bermaksud tinjauan dalam talian yang terdapat ketika menggunakan Pautan Rujukan yang perlu dilengkapkan oleh Rakan yang Dirujuk untuk menyertai Panel Ipsos iSay.

“Data Peribadi” bermaksud mana-mana maklumat (termasuk nama, alamat e-mel, maklumat lain, maklumat demografik, maklum balas tinjauan substantif dan mana-mana maklumat lain yang boleh dikenal pasti secara peribadi tanpa had) yang berkaitan pada individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, individu yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung, termasuk Rakan yang Dirujuk dan Penyokong atau mana-mana ahli Panel Ipsos iSay.

3) Perubahan kepada Terma dan Syarat Program Rujuk Rakan:

3.1 Penganjur Program berhak mengubah Terma dan Syarat Program ini pada bila bila-bila masa tanpa sebarang notis lanjut. Kami akan menyampaikan sebarang perubahan pada Terma dan Syarat Program kepada ahli Program dengan menyiarkannya di laman web Panel Ipsos iSay www.ipsosisay.com dan ia akan mula berkuatkuasa serta merta.

3.2 Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat Program, anda boleh menarik diri dari program ini dengan mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan di dalam Seksyen 9 (Terma dan Penamatan)– seksyen 9.4 di bawah. Dengan meneruskan sebagai peserta selepas Terma dan Syarat Program yang dikemaskini telah dimuat naik ke laman web, anda akan menerima dan bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Program yang dikemaskini.

4) Siapa yang layak menyertai program ini:

Mana-mana ahli Panel Ipsos iSay yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu tinjauan berinsentif yang ditandakan sebagai "Selesai" pada masa rujukan, layak untuk menyertai Program ini dan boleh menghubungi individu lain untuk menjemput mereka mendaftar dalam Panel Ipsos iSay dengan menghantar Pautan Rujukan, dengan syarat:

  • a) Anda menghantar Pautan Rujukan dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, ini termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang Perlindungan Data Peribadi dan Komunikasi Elektronik (cth Peraturan (EU) 2016/679 mengenai perlindungan orang berkenaan dengan pemprosesan data peribadi dan pergerakkan bebas data tersebut, dan memansuhkan Arahan 95/46/EC (Peraturan Perlindungan Data Umum)).
  • b) Anda secara adil dan mengikut perundangan menggunakan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu yang anda telah hantar Pautan Rujukan.
  • c) Individu yang anda telah hantar Pautan Rujukan memenuhi semua kriteria “Rakan yang Dirujuk” yang telah disenaraikan.
  • d) Anda tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mana-mana individu yang menerima Pautan Rujukan, menawarkan wang, atau menawarkan apa-apa nilai ganjaran dalam pertukaran, atau skim ganjaran yang lain yang menyekat atau menggalakkan mereka untuk menyertai Panel Ipsos iSay.
  • e) Dalam komunikasi di mana anda menghantar Pautan Rujukan dan/atau mengandungi Pautan Rujukan tidak mengandungi bahan pornografi, menggalakkan perjudian atau mengandungi bahan yang menyinggung perasaan, yang mengelirukan atau yang merendahkan mana-mana pihak.
  • f) Anda tidak akan memuat naik Pautan Rujukan di laman web, media sosial, e-mel atau mana-mana lokasi lain serta dalam mana-mana komunikasi yang menggunakan wang sebagai skim ganjaran atau yang menggalakkan perjudian, atau yang mengandungi bahan pornografi, atau mengandungi bahan yang menyinggung perasaan, yang mengelirukan atau yang merendahkan mana-mana pihak.
  • g) Sekiranya Penganjur Program menjalankan kempen Rujuk Rakan pada waktu yang tertentu, Rakan yang Dirujuk yang baharu itu harus memenuhi semua kriteria profil yang ditetapkan serta mana-mana syarat yang dianggap relevan berdasarkan kempen Rujuk Rakan yang tertentu oleh Penganjur Program
  • h) Anda tidak melanggar mana-mana terma dan syarat yang tertakluk oleh Panel Ipsos iSay, dan hanya ahli Panel Ipsos iSay yang mematuhi terma dan syarat Ipsos iSay sahaja yang layak untuk menyertai Program ini dan mendapat manfaat dari ganjaran Program.

5) Bagaimana untuk menyertai Program ini:

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan syarat lain yang ditetapkan oleh terma dan syarat Program, anda layak untuk menyertai Program ini dengan berkongsi Pautan Rujukan di laman web dan media sosial, atau melalui e-mel.

6) Peraturan penggunaan Pautan Rujukan anda:

6.1. Penganjur program berhak untuk mengubah/mengemaskini Pautan Rujukan pada bila-bila masa dan Penyokong perlu menggunakan Pautan Rujukan yang terkini yang disediakan oleh Ipsos.

6.2. Penganjur Program memberi Penyokong lesen yang boleh dibatalkan yang bebas royalti, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh diberikan, terhad, hanya untuk penggunaan menggunakan Pautan Rujukan untuk menjemput individu lain mendaftar ke Panel Ipsos iSay.

6.3. Anda memahami dan menerima bahawa anda tidak boleh menggunakan Pautan Rujukan dalam mana-mana laman web, blog atau forum yang melarang jenis penggunaan itu. Anda menerima bahawa berbuat demikian akan menamatkan serta-merta penyertaan anda dari Program ini.

6.4. Apabila anda menggunakan alamat e-mel, butiran kenalan atau Maklumat Peribadi individu lain yang anda mungkin gunakan dalam menyertai Program ini, anda perlu dengan sepenuhnya mematuhi peraturan anda sebagai pengawal data dan mematuhi sepenuhnya undang-undang perlindungan data yang terpakai.

6.5. Pada waktu anda menyertai Program, anda perlu memastikan anda mematuhi semua peraturan pengiklanan dan/atau Peraturan Perlindungan Pengguna yang mungkin terpakai semasa anda mengunakan atau menghantar Pautan Rujukan.

6.6. Anda mengesahkan bahawa anda atau penggunaan Pautan Rujukan anda tidak melanggar hak intelek atau mana-mana hak yang dimiliki oleh pihak ketiga.

6.7. Anda perlu menggunakan Pautan Rujukan yang diterima dari Penganjur Program semasa menyertai Program ini

6.8. Pautan Rujukan yang diterima dari Penganjur Program tidak boleh diubah, diubah suai atau diubah dengan cara apapun.

6.9. Anda tidak boleh memindahkan apa-apa hak dan kewajipan di bawah terma dan syarat program ini dan sebarang pemindahan akan terbatal.

6.10. Anda tidak akan, sebaliknya menggunakan atau mewujudkan semula nama syarikat Kumpulan Ipsos, nama dagangan, tanda dagangan, nama jenama atau logo tanpa kebenaran bertulis dari Penganjur Program terlebih dahulu. Anda bersetuju bahawa Pautan Rujukan yang diberikan kepada anda supaya anda dapat menyertai Program ini termasuk mana-mana karya seni, kandungan, reka bentuk dan hak harta intelek yang lain dari Penganjur Program, adalah hanya dimiliki oleh Penganjur Program, dan merupakan maklumat sulit Penganjur Program. Anda tidak akan menjual, menggunakan atau mendedahkan mana-mana hak harta intelek atau maklumat lain yang sulit yang dimiliki oleh Penganjur Program untuk manfaat anda sendiri, atau manfaat mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis dari Penganjur Program.

6.11. Anda tidak akan menghasilkan, menyiarkan mengedar atau membenarkan apa-apa bahan bertulis yang merujuk kepada Program ini atau Penganjur Program tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis yang dapat menahan diri dalam budi bicara kami.

6.12. Anda memahami dan menerima bahawa mana-mana ahli Panel Ipsos iSay yang dijana melalui usaha rujukan anda semasa program, dan maklumat dan/atau data, adalah hak milik ahli Panel Ipsos iSay dan Penganjur Program, mengikut mana-mana yang berkenaan. Anda tidak memperolehi apa-apa hak ke atas maklumat tersebut dan tidak akan menggunakan maklumat tersebut untuk manfaat anda sendiri.

6.13. Anda memahami, menerima dan bersetuju bahawa Penganjur Program menjejaki penggunaan Pautan Rujukan tersebut, termasuk menyimpan rekod penggunaan Pautan Rujukan.

7) Peraturan diguna pakai untuk menerima dan mengesahkan Rakan yang Dirujuk:

7.1 Penganjur Program akan memberi ganjaran kepada Penyokong yang terlibat dalam Program ini, untuk setiap Rakan yang Dirujuk yang menyertai menggunakan Pautan Rujukan dan diterima masuk ke Panel Ipsos iSay Penganjur, dengan syarat bahawa:

  • a) Penggunaan Pautan Rujukan oleh Penyokong, adalah terikat dengan peraturan yang diguna pakai oleh Pautan Rujukan serta Terma dan Syarat Program.
  • b) Rakan yang Dirujuk berjaya mendaftar dengan Panel Ipsos iSay, dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu tinjauan berinsentif dan mendapat status "Selesai", di samping mematuhi terma dan syarat Ipsos iSay dengan ketat.
  • c) Penyokong telah mematuhi syarat kelayakan dalam Terma dan Syarat ini.

7.2 Penyokong akan diberi ganjaran sebanyak 400 mata ganjaran untuk setiap Rakan yang Dirujuk yang telah disahkan, diambil sebagai hasil daripada penyertaan Penyokong dalam Program ini dan diterima ke dalam Panel Ipsos iSay.

7.3 Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun Penyokong tidak lebih daripada 5 hari selepas Rakan yang Dirujuk Berjaya mendaftar dengan Panel Ipsos iSay dan menyelesaikan sekurang-kurangnya satu tinjauan berinsentif dengan status "Selesai". Anda hanya akan diberi ganjaran untuk seramai 10 orang secara maksimum untuk Rakan yang Dirujuk yang telah disahkan setiap bulan.

7.4 Sekiranya Penganjur Program menjalankan program kempen rujukan pada masa tertentu, Penyokong akan diberikan ganjaran dengan insentif tertentu yang hanya terpakai untuk Program kempen rujukan yang tertentu, mengikut Terma dan Syarat dan termasuk sebarang syarat tertentu yang akan disampaikan oleh Penganjur Program. Sebarang Program kempen rujukan tertentu akan ditadbir mengikut Terma dan Syarat Program berkaitan yang Anda terima dan bersetuju untuk mematuhinya.

7.5 Jika penyertaan anda dalam Program ini dihentikan atas sebarang sebab selain daripada yang ditetapkan dalam Seksyen 9.3 Terma dan Syarat Program ini, Anda akan menerima mata ganjaran selama Anda mematuhi syarat ini sehingga tarikh penyertaan Anda berakhir.

8) Liabiliti; Penafian Waranti; Batasan Liabiliti:

8.1. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Penganjur Program, ahli gabungannya dan setiap pegawai mereka, rakan kongsi, pengurus, pekerja, ejen dan peguam masing-masing, dari dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, tuntutan, tindakan, guaman, prosiding, penghakiman, denda, ganti rugi , kos, kerugian dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam yang berpatutan, kos mahkamah dan / atau kos penyelesaian) yang timbul daripada:

  • a) penyertaan Anda dalam Program;
  • b) sebarang tuntutan pihak ketiga yang dibuat berkaitan dengan penyertaan anda dalam Program; dan
  • c) sebarang pelanggaran mengenai Terma dan Syarat oleh Anda.

8.2. Penyokong bersetuju bahawa apa-apa penggunaan yang tidak dibenarkan dan / atau menyalahi undang-undang Program dan / atau Pautan Rujukan yang akan menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada Penganjur Program di mana ganti rugi bentuk wang adalah tidak mencukupi dan bersetuju bahawa ganti rugi bentuk wang tidak akan menjadi remedi yang mencukupi untuk pelanggaran Terma dan Syarat Program ini dan sebagai tambahan kepada apa-apa remedi lain yang terdapat di undang-undang, Penganjur Program berhak kepada prestasi tertentu dan injunktif atau bantuan lain yang saksama, tanpa keperluan untuk pengeposan mana-mana bon atau keselamatan, sebagai remedi untuk mana-mana pelanggaran sedemikian.

8.3 Apa-apa tindakan yang tidak sah atau penghinaan oleh Penyokong semasa penyertaan dalam Program boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang jenayah dan / atau sivil yang akan memberi hak kepada Penganjur Program untuk mendapatkan semua remedi yang berkaitan dengan tindakan yang menyalahi undang-undang sehingga tahap tertinggi yang dibenarkan oleh undang-undang dan ekuiti.

8.4 PENGANJUR PROGRAM MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN, TERSIRAT DAN TERSURAT, BERKAITAN DENGAN PAUTAN RUJUK RAKAN, PROGRAM DAN LAMAN WEB PANEL IPSOS ISAY.

8.5 PENGANJUR PROGRAM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWABNYA (TERMASUK TANPA LIMITASI LIABILITI UNTUK SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, kETIDAKSENGAJAAN, PUNITIF, ATAU BERKELANJUT), KEPADA PENYOKONG, PENGGUNA ATAU SEBARANG PIHAK KETIGA, UNTUK PENGGUNAAN, ATAU KETIDAKBOLEHAN MENGGUNAKAN, PAUTAN RUJUK RAKAN, PROGRAM DAN PANEL IPSOS ISAY. PENGANJUR PROGRAM TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI BAGI KEROSAKAN YANG TIDAK LANGSUNG, KHAS, KETIDAKSENGAJAAN, PUNITIF, ATAU BERKELANJUTAN (TERMASUK TANPA LIMITASI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN SAMA ADA KEROSAKAN DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KEROSAKAN SECARA LANGSUNG) KEPADA ANDA, YANG MENIMBULKAN, ATAU BERKAITAN DENGAN, PERJANJIAN INI SAMADA PENGANJUR PROGRAM TELAH MENASIHATKAN AKAN KEMUNGKINAN KEROSAKAN BERDASARKAN PERLANGGARAN KONTRAK, SALAH LAKU, ATAU MANA-MANA TEORI LAIN DALAM UNDANG-UNDANG ATAU, EKUITI.

8.6. JUMLAH LIABILITI KUMULATIF OLEH PIHAK PENGANJUR PROGRAM KEPADA PENYOKONG, DAN/ATAU SEBARANG PIHAK KETIGA, BERGANTUNG KEPADA APA JUA JENIS TINDAKAN, TIDAK AKAN MELEBIHI JUMLAH GANJARAN YANG DITERIMA OLEH PENYOKONG DARIPADA PENGANJUR PROGRAM SEMASA PENYOKONG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM INI.

9) Terma dan Penamatan:

9.1 Program ini adalah sah bermula 10/10/2022, dan akan terus berkuatkuasa sehingga ditamatkan oleh Penganjur Program (Terma tersebut).

9.2 Penganjur Program boleh menamatkan penyertaan anda dalam Program ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis lanjut dan atas apa-apa sebab, mengikut budi bicara mutlaknya. Sebab-sebab tersebut adalah termasuk, tanpa limitasi, jika kami mendapati bahawa Anda (i) dalam apa jua cara telah melanggar Terma dan Syarat Program ini, atau (ii) telah mempromosikan atau menggunakan Pautan Rujukan dalam apa jua cara penipuan.

9.3 Sekiranya Penganjur Program menamatkan penyertaan anda dalam Program ini akibat pelanggaran Terma dan Syarat Program, Anda tidak akan berhak untuk menerima ganjaran untuk aktiviti rujuk rakan Anda, dan penyertaan Anda dalam Program akan dihentikan serta merta. Anda akan dikehendaki segera menghentikan penyertaan anda dalam Program ini, padamkan semua Pautan Rujukan dari seluruh laman web dan media sosial yang Anda gunakan dan hentikan sebarang aktiviti atau tindakan lain yang melanggar Terma dan Syarat Program ini. Sebagai tambahan kepada apa-apa remedi lain yang dianggap bersesuaian oleh Penganjur Program, Anda juga akan bertanggungjawab secara langsung terhadap semua kos dan bayaran guaman yang timbul daripada pelanggaran Anda terhadap Terma dan Syarat Program ini.

9.4 Anda boleh menamatkan penyertaan anda dalam Program ini pada bila-bila masa dengan memadamkan semua Pautan Rujukan di laman web dan media sosial yang Anda mungkin telah digunakan. Anda hanya akan diberi ganjaran hanya untuk Rakan yang Dirujuk yang baru yang diterima dan disahkan semasa tempoh mengikut Terma dan Syarat Program ini.

9.5 Selepas penamatan penyertaan anda dalam Program ini, semua lesen yang diberikan di bawah Terma dan Syarat untuk Program ini, termasuk tanpa had pada Pautan Rujukan, akan terhenti serta merta.

10) Bidang Kuasa:

Terma dan Syarat Program ini akan ditadbir oleh, dan ditafsirkan mengikut, undang-undang Malaysia, dan apa-apa pertikaian yang tidak dapat diterima dengan penyelesaian yang baik hendaklah dikemukakan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

11) Lain-lain:

Tajuk dan kapsyen yang digunakan dalam Terma dan Syarat Program ini hanya untuk kemudahan sahaja dan tidak akan digunakan dalam tafsiran Terma dan Syarat Program ini. Sekiranya mana-mana peruntukan kaedah ini dianggap tidak sah, salah di sisi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa cara, peruntukan itu hendaklah dihadkan atau dihapuskan setakat minimum yang perlu supaya peraturan-peraturan ini sebaliknya kekal berkuatkuasa dan berkesan. Terma dan Syarat Program ini merangkumi keseluruhan perjanjian antara semua pihak yang berkaitan dengan perkara ini dan menggantikan semua perjanjian dan perbincangan sebelumnya, sama ada bertulis atau lisan, yang berkaitan dengan perkara ini.