Sumbangan Amal Yayasan Ipsos RM5
500

Sumbangan Amal Yayasan Ipsos RM5
Yayasan Ipsos (Ipsos Foundation) : Mempromosikan Akses Pendidikan untuk Kanak-kanak dan Remaja kurang bernasib baik.

Sejak didirikan pada tahun 2014, Yayasan Ipsos telah membiayai 67 projek pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di 34 buah negara, dengan jumlah 8.8 juta Ringgit Malaysia. Kami beroperasi di semua benua, berkat kewujudan Ipsos di 90 buah negara.

Model operasi Yayasan berdasarkan pada memberikan sokongan kewangan kepada badan amal, badan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial.

Kami telah membina sekolah di Nepal, Ghana dan Zambia. Kami telah menyediakan buku-buku di Amerika Syarikat, Hong Kong, Afrika Selatan dan Haiti. Kami telah menyokong pendidikan kanak-kanak dengan penyakit parah di Rusia, Filipina dan Kazakhstan. Kami juga telah membiayai projek-projek di Yaman, Uganda, Kenya dan Jordan.

Kami mengusahakan situasi yang dapat memberikan pendidikan kanak-kanak dalam keadaan baik, selamat dan sihat. Dengan “Charity: Water” dan “Water For Health”, kami telah membawakan air minuman yang bersih dan selamat, serta sanitasi ke sekolah luar bandar di Nepal, yang memberi manfaat kepada 1400 orang kanak-kanak. Halangan utama bagi seramai 59 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah adalah disebabkan kelaparan. Inilah sebabnya kami telah menyokong NGO seperti Mary's Meals (Ecuador), Peninsula School Feeding Association (Afrika Selatan), Feed a Child a Day (Nigeria), untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu makanan setiap hari untuk pelajar sekolah. Kami menyokong kesedaran kesihatan dan kebersihan melalui pendidikan dan telah membiayai perawatan dan tindakan sebelum / selepas kelahiran untuk kesejahteraan wanita yang hidup dengan HIV / AIDS bersama-sama Shanti Uganda.

Kami juga menyokong inisiatif pendidikan yang mempromosikan kesihatan mental kanak-kanak, terutama di zon yang mudah terjejas. Ini adalah penting pada ketika terdapat banyak anak muda yang hidup dalam keadaan kesempitan, kadang-kadang bersendirian, memandangkan kesihatan dan keselamatan mereka adalah sangat penting untuk kesejahteraan fizikal dan mental mereka.